Mengapa Jakim Mahu Bajet RM1 Bilion? Sultan Johor Mahu Jakim Jelaskan



KUALA LUMPUR, 27 Disember: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) jelaskan mengapa mereka memerlukan bajet sebanyak RM1 bilion.

“Saya ingin tahu – jika ia adalah benar – mengapa mereka memerlukan bajet sebanyak RM1 bilion? Adakah ia termasuk peruntukan kepada semua negeri?

Semasa sidang Majlis Raja-Raja seterusnya, saya mahu mereka tunjukkan kepada saya pecahan perbelanjaan mereka.

“Saya ingin tahu jika mereka ada membiayai sekolah-sekolah agama di sini (di Johor),” kata Sultan Johor dalam wawancara eksklusif bersama akhbar The Star.

Sultan Ibrahim berkata Jakim melapor kepada Majlis Raja-Raja dan mereka hanya badan penasihat Kerajaan Persekutuan.

Sultan Johor ditanya mengenai peranan Raja-Raja sebagai penjaga Islam, memandangkan ada perdebatan baru-baru ini bahawa beberapa agensi agama persekutuan kelihatan cuba mempengaruhi pihak berkuasa dalam ruang agama.“Kami adalah Ketua Agama Islam di negeri-negeri kita sendiri. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh memberi nasihat atau mencadangkan garis panduan tetapi ia terpulang kepada kita (Sultan) sama ada kita mahu menerimanya.

“Saya telah dilantik sebagai panel di Majlis Agama Islam Johor. Mereka datang dengan fatwa untuk saya meluluskannya. Fatwa ini tidak boleh dikuatkuasakan tanpa kelulusan saya. Kadang-kadang saya tidak mempersoalkan fatwa dan saya mahu mereka untuk menerangkannya, tetapi Jakim tidak mempunyai hak untuk campur tangan di negeri ini,” katanya sebagaimana memetik laporan TheRakyatPost.

Mengapa Jakim Mahu Bajet RM1 Bilion? Sultan Johor Mahu Jakim Jelaskan Mengapa Jakim Mahu Bajet RM1 Bilion? Sultan Johor Mahu Jakim Jelaskan Reviewed by Admin on 9:39:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.