Akhbar Pertama Di Dunia



Akhbar yang pertama di dunia yang pernah diketahui ialah pada zaman kerajaan Rome kuno, iaituActa Diurna, kira-kira 59 tahun Sebelum Masihi. Ia dipahat pada besi dan batu dan dipamerkan pada umum.

Di China, kerajaan awal yang menghasilkan lembaran berita, bernama tipao, yang diedarkan di kalangan pegawai mahkamah pada akhir dinasti Han (abad kedua dan ketiga Masihi). Antara 713 dan 734, Kaiyuan Za Bao (Buletin Mahkamah) Dinasti Tang, menerbitkan berita kerajaan. Ia adalah tulisan tangan pada sutera dan dibaca oleh pegawai-pegawai kerajaan. Pada tahun 1582, terdapat rujukan yang pertama untuk lembaran berita persendirian yang diterbitkan di Beijing, semasa lewat Dinasti Ming.

Tapi akhbar yang popular dikenali sebagai yang pertama dicetak ialah bernama Relation : aller Fürnemmen und gedenckwürdigen Historien, iaitu berbahasa Jerman. Diterbitkan pada tahun 1605 oleh Johan Carolus di Strasbourg, Jerman.

Manakala akhbar pertama Jerman moden ialah Avisa, yang diterbitkan pada tahun 1609 di Wolfenbüttel.

Akhbar tertua di dunia yang hingga ketika ini masih diterbitkan ialah Post - och inrikes Tidnigardari Sweden yang terbit mulai tahun 1645.

Akhbar Pertama Di Dunia Akhbar Pertama Di Dunia Reviewed by Admin on 10:51:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.