Hakim Jatuhkan Hukuman 'Tidak Boleh Memiliki Anak Lagi' Kepada Lelaki Ini



Seorang hakim di Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) melarang seorang lelaki berusia 44 tahun memiliki keturunan. Hal itu disebabkan kerana lelaki itu sudah memiliki sembilan orang anak Hakim menghukum Corey Curtis dengan hukuman yang sangat unik. Curtis tidak dibenarkan memiliki keturunan lagi, kecuali dia sanggup untuk menanggung biaya hidup sembilan anaknya yang dilahirkan oleh enam orang perempuan yang berbeza. Curtis saat ini dihukum percubaan tiga tahun penjara kerana gagal membayar denda sebesar USD50 ribu sebagai jaminan hidup anak. Meskipun demikian, Curtis masih ingin membuat rayuan keatas hukuman yang dijatuhkan kepadanya.

"Akal sihat memerintahkan kita agar tidak memiliki anak bila kita tidak sanggup membesarkannya. Membesarkan disini bukan sahaja melindungi dan memjaga, bahkan yang paling penting adalah menyediakan wang yang cukup buat mereka Saya akan menetapkan masa percubaan penjara kepadanya," ujar Hakim Tim Boyle. Selain didakwa atas kelalaiannya dalam menjamin biaya hidup anak-anaknya, Curtis juga turut memiliki kesalahan besar lainnya. Namun Curtis masih tidak mahu mengaku salah. "Hakim itu membuat hukuman, namun mereka ianya dijatuhkan secara buru-buru," ujar Curtis. -orange
sumber

Hakim Jatuhkan Hukuman 'Tidak Boleh Memiliki Anak Lagi' Kepada Lelaki Ini Hakim Jatuhkan Hukuman 'Tidak Boleh Memiliki Anak Lagi' Kepada Lelaki Ini Reviewed by Admin on 9:05:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.