“Biarlah. Biar Tuhan yang balas. Dekat dunia memanglah susah (menang kes). Kerajaan pun sebelah dia (Korporal Jenain),” katanya yang baru menamatkan peperiksaan SPM, dengan nada penuh kehampaan terhadap keputusan mahkamah.
Biarpun tragedi itu sudah lama berlaku, Azamuddin juga masih trauma dan langsung tidak mengikuti perbicaraan kes di mahkamah mahupun melayari Youtube berkaitan peristiwa paling menyayat hati, sebaliknya di.
“Mahu tengok Youtube (berkaitan kes kejadian) pun saya tak sanggup,” katanya dilihat cuba mengelak dari menjawab soalan secara terperinci berkaitan tragedi itu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebas Koperal Jenain Subi dari tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, Shah Alam, sekalipun melepaskan 21 das tembakan.
Sepanjang temu bual dengan Keadilan Daily, Azamuddin kelihatan agak keliru tapi tetap menyatakan kekecewaan kerana polis hingga kini masih menuduh mereka penjenayah dalam kes berkenaan.
“Bila nampak roadblock (sekatan), nampak pula muka polis yang berlagak semacam, saya jadi menyampah. Saya rasa perangai mereka semuanya sama saja.
“Tapi, itulah masalahnya. Bapa saya anggota polis. Nak buat macam mana?” katanya.
Selain itu, Azamuddin juga kerap teringatkan Aminulrasihid setiap kali menonton perlawanan bola sepak di televisyen, lebih-lebih lagi musim bola sepak yang sedang rancak di Malaysia.
Ia berikutan mereka pernah terpilih dalam latihan ‘Soccer Kids’ di Shah Alam, beberapa tahun sebelum kejadian.
“Dia main ‘defend’ (pertahanan). Saya ‘wing’ (sayap) kiri. Tiap kali main bola, saya pasti teringat balik, (ingatan) akan datang tiba-tiba. Itu yang saya tak tahan,” katanya, sebak.
sumber
Rakan Baik Aminulrashid Hampa Dengan Keputusan Mahkamah
Reviewed by Admin
on
12:23:00 PTG
Rating: