Rombongan Afdlin Shauki Hampir Dibom F16 Israel


Mana pernah puak2 Zionis ini mengenal sesiapun terutamanya apabila berada di kawasan dan bumi Palestin. Afdlin Shauki menerusi info terbaru beliau menceritakan kisah mencemaskan apabila kenderaan rombongan mereka di Gaza hampir-hampir di bom oleh sebuah jet pejuang Israel iaitu F16. Alhamdulillah mereka selamat. Itulah risiko yang mereka perlu tanggung, namun ini satu langkah yang sangat mulia.

Afdlin Shauki di Gaza.


“Alhamdulillah, kami semua selamat dan meneruskan misi memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.


Dalam pada itu Afdlin Shauki juga sempat memberikan komen beliau mengenai kehidupan orang Islam disana, terutamanya kanak-kanak.

“Belum pernah lagi saya berjumpa dengan masyarakat kental seperti rakyat Palestin. Mereka peramah dan sentiasa tersenyum. Malah sering melambai-lambai tangan apabila melihat kenderaan kami.

“Mereka juga bukan orang yang meminta sedekah. Kanak-kanak tidak pun meminta-minta. Ada di antara kami yang telah memberikan sesuatu tetapi mereka menolak.

“Apabila kami menerangkan ia sebuah hadiah, barulah barang yang diberi itu diambil,” katanya menerusi akaun laman Facebook miliknya.

“Malah kami turut menziarahi kanak-kanak yatim piatu dengan menghibur dan mengajar mereka cara-cara untuk melukis dan belajar Bahasa Inggeris.

sumber

Rombongan Afdlin Shauki Hampir Dibom F16 Israel  Rombongan Afdlin Shauki Hampir Dibom F16 Israel Reviewed by Admin on 3:09:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.