Daftar pengundi: nama PR tersenarai?
Penemuan 1,597 nama pemegang status penduduk tetap (PR) bagi tempoh 1 Mac hingga 31 Jun, tanpa alamat lengkap di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berakhir 2 Julai lalu menimbulkan tanda tanya.
Selangor dikesan memiliki jumlah tertinggi iaitu 1,108, diikuti Johor 380 dan Kuala Lumpur 52 kes, manakala negeri lain di bawah 20 kes.
Berikutan itu, banyak pihak menyuarakan kebimbangan kerana ia bercanggah dengan Perkara 119 Perlembagaan Malaysia bahawa warganegara Malaysia sahaja dibenarkan mengundi, manakala PR tidak dibenarkan.
Selain itu, ada pihak mendakwa, rancangan rapi ini dilaksanakan bagi membolot undi dan berikan kemenangan kepada sebelah pihak.
Sebagai langkah merungkai persoalan ini, pembangkang meminta kerajaan mengadakan sidang parlimen khas bulan ini bagi membincangkan isu berkenaan.
Desakan itu dilakukan disebabkan penemuan beberapa bukti jelas dalam bentuk cetakan, status kerakyatan sebelum dan selepas pertukaran di laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berjaya dikesan Pas Selangor pada awal bulan ini.
Daftar pengundi: nama PR tersenarai?
Reviewed by Admin
on
6:30:00 PG
Rating: