ESA Dan Russia Akan Ke Marikh



Orang pertama menjejakkan kaki bulan ialah warga negara US, manakala orang pertama menjejakkan ke Marikh ialah warga Eropah dan Russia. Agensi Angkasa Eropah (ESA) dan Russia mengumumkan kerjasama untuk menghantar manusia ke Marikh.

Pada Rabu lalu di Moscow, Jean-Jacques berkata kepada media bahawa ESA dan Roskosmos (sebuah agensi angkasa Russia) akan bekerjasama membawa manusia ke Marikh bersama. Buat masa sekarang kedua-dua agensi itu masih belum menetapkan tarikh rasmi untuk ke planet merah itu.

Pada November lalu, krew Mars500 yang terdiri daripada enam orang lelaki menjalani latihan di dalam kapal angkasa bersaiz 550-cubic-meter dan mengkaji impak psykologi kepada manusia dalam perjalanan yang memakan masa 18 bulan pergi balik ke Marikh.

Mengikut termuramah bersama Discovery News, kedua-dua agensi ini bakal mencatatkan sejarah dalam tamadun manusia yang membawa setapak lagi kehadapan, tetapi ia bakal menggangu sistem politik dan kewangan apabila plan ini bakal dilancarkan.

ESA dan Roscosmos berkerjasama untuk menghalang daripada mengalami masalah kewangan yang teruk dan berkongsi bahan dan teknologi untuk ke Marikh. Sepatutnya mendarat di dunia 'alien' ini memerlukan kerjasama daripada semua agensi.


sumber

ESA Dan Russia Akan Ke Marikh ESA Dan Russia Akan Ke Marikh Reviewed by Admin on 5:51:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.