Saintis Mencadangkan Kapal Angkasa Untuk Menyelamat Bumi Daripada Asteroid Apophis



Sekumpulan saintis China daripada Universiti Tsinghua telah mencadangkan cara untuk menghalang Apophis menghemtam bumi, sebuah asteroid 46 juta tan pada 2036.

Shengping Gong, Junfeng Li dan Xiangyuan Zeng daripada Universiti Tsinghua di Beijing, China, telah menerbitkan artikel 'Kajian dalam Astronomi' dan 'Astrofizik (RAA)', mencadangkan untuk meletakkan kapal angkasa kecil sebagai pemandu kepada asteroid itu daripada menghentam Bumi pada 2036.

Astroid Apophis, berdiameter 270 meter akan mendekati Bumi 37, 000 hingga 38,000 pada 2029. Pada 2036, Apophis akan kembali dan menghentam Bumi pada 13 April 2036. Dengan menggunakan 'solar sail', kumpulan itu dapat mengubah kedudukan dan haluan astroid daripada menghentam Bumi.

Daripada jasil kajian mendapati, 'solar sail' yang beratnya 10 KG itu yang dilepaskan ke angkasa setahun awal bergerak pada kelajuan 90 km/saat dimana jika berjaya, dia akan mengubah haluan Apophis 600m ke kawasan kurang merbahaya pada 2029 untuk mengelakkan ia kembali ke Bumi pada 2036.

Astroid yang ditemui 2004 itu merupakan ancaman merbahaya terhadap planet kita, NASA memberitahu berkemungkinan asteroid itu akan berkecai dan menyerang bumi dalam bentuk kecil.
sumber

Saintis Mencadangkan Kapal Angkasa Untuk Menyelamat Bumi Daripada Asteroid Apophis Saintis Mencadangkan Kapal Angkasa Untuk Menyelamat Bumi Daripada Asteroid Apophis Reviewed by Admin on 5:47:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.