Warga Jerman diharamkan sama sekali untuk mengklik butang 'Like' di Facebook.
Kerajaan negeri Schleswig-Holstein di Jerman memerintahkan semua agensi kerajaan dan warganya untuk tidak mengklik butang 'Like' di Facebook, dan perlu menutup laman fan Facebook, kerana melanggar undang-undang privasi data di Jerman dan Eropah.
Kenyataan rasmi dari lembaga Independent Centre for Privacy Protection, Jerman, mengatakan, maklumat 'Like' yang diperolehi dari pengguna Facebook di Jerman, dikumpulkan oleh Facebook Pusat, dan proses itu sebenarnya bertentangan dengan undang-undang privasi di Jerman.
Tidak hanya itu, bahkan warga Jerman juga dilarang membuka akaun Facebook. Seperti ditulis di keluarannya, "Barang siapa membuka facebook.com, akan dikesan syarikat tersebut selama dua tahun."
Seperti dikutip dari Cnet, Patrick Noyes, jurucakap Facebook berkomentar, "Kami menolak dituduh sebagai tidak selaras dengan undang-undang perlindungan data Kesatuan Eropah. Butang 'Like' adalah ciri popular ... yang telah menguntungkan kalangan perniagaan dan individu. "
Tapi pihaknya mengaku tetap akan me-review bahan dari Independent Centre for Privacy Protection.
[Yahoo News]
Jerman mengharamkan Like di Facebook
Reviewed by Admin
on
6:33:00 PG
Rating: