Menurut John Goldfinch, 61, beliau masih belum dapat mempercayai apa yang berlaku sehingga kini. Katanya "ketika saya mengangkat pancing, saya amat terkejut apabila seorang penyelam tiba-tiba muncul di permukaan laut yang jaraknya sekitar 15 m dari pantai Budleigh Salterton, Devon."
Sebelum beliau menyedari apa yang berlaku, salah seorang penyelam lain yang dipercayai kekasih kepada penyelam itu telah bergegas untuk membuka mata kail yang tersangkut di ketiaknya. Wanita itu kemudiannya mengembalikan mata kail itu kepada John.
Kedua-dua penyelam itu pergi menyelam kembali tanpa pelampung keselamatan yang boleh berfungsi sebagai isyarat kepada pemancing akan kewujudan penyelam di situ.
Menurut John lagi, penyelam berkenaan amat bernasib baik kerana mata kailnya tidak tersangkut pada bahagian sensitif lain seperti mata, telinga dan sebagainya. Lagipun tali pancing yang dipakainya tidak sebesar mana dan boleh putus jika berat tangkapan yang keterlaluan.
sumber
Pemancing tidak sengaja tangkap penyelam
Reviewed by Admin
on
9:14:00 PG
Rating: