kira-kira 4 minggu yang lepas … kesahihan yg tiada kepastian …..
Satu malam tu, adala sorang mamat sedang menunggu durian jatoh
disebuah pondok burok, tunggu punya tunggu maka ternampak lah dia satu
lembaga terbang lalu minum air yang terdapat dilopak berhampiran,
dibiarkan saja ia berlalu kerana dia kesaorangan .Keesokkan harinya,
diceritakanlah kepada rakan-rakannya. Kat situ ada lah pulak seorang tua
terdengar lalu berkata, “kenapa tak ambil paku dan cucukan padanya, pasti ia
akan bertukar menjadi wanita yang cantik dan kau bolehlah
mengawininya..”, sambil memberi mamat tu sebatang paku sepanjang 6 inci.
Keesokan malamnya mamat tu menunggu durian lagi, maka
terjadilah apa yang disangkanya macam malam lepas, pontianak itu pun turun
lagi untuk minum air dilopak tersebut, dengan segera pemuda tu berlari
lalu mencucokkan paku di dibelakangnya, pontianak itu terbang dengan suara
yang agak kesakitan tambah menyeramkan. Terpinga-pinga pemuda tersebut
melihatnya…..
Maka keesokan hari, dia memberitahu orang tua tu perkara berlaku, lantas
dia ditegur oleh ! orang tua tu kerana pemuda tu tersalah cucuk paku,
(yang sepatutnya di cucok ditengah ubun-ubun kepala pontianak itu. Tapi
mamat tu pergi cucuk ditengkoknya, apa lagi, meraungla dia…!)
Malam itu ditunggunyalah lagi mamat tu ditompek biaso, pondok durian,
sambil berharap malam tu akan berhasillah usahanya itu. Tapi agak sekian
lama ditunggunya (agaknya pontianak tu lambat pasal nak cabut paku
semalam tulah kot….!). Jenuh jugalah dia menunggu, maka hampir terlelaplah dia, tetiba datanglah pontianak itu, jeng..!
jeng..! jeng..!
Dengan ghairah dan berani sekali diajukanlah paku itu di
tengah-tengah
kepala pontianak t! u untuk mencucoknya. TAPI dengan tak
disangka-sangka,
pemuda tu tergaman seketika lalu lari lintang pukang……!
Kenapa pulak….??? Sipontianak pulak bila lepas minum lalu
terbang dengan senang hati sambil ketawa mengilai-ngilai .Keesokan
harinya,pemuda tu mengeloh panjang sambil mengadu didepan orang tua
tu, kerana tak dapat mencucok paku dikepala pontianak dan harapannya
untuk kawin dengan perempuan cantik musnah, hampeh dan buang karan
jer……..!!!!
“Apo sobabnyo jang…?”, orang tua itu bertanya pada pemuda tu.
“Pak cik nak tahu sobabnyo……………..! Poie tengok
dibawah sana haaa…!! Frah, den..!”
bawah lagi sikit
lagi……
lagi dan….
lagi…….
PONTIANAK TU PAKAI HELMET LAH……!!
Laaaaa………
sumber
Kisah Paku Pontianak
Reviewed by Admin
on
5:47:00 PG
Rating: