Kes Kewujudan Pemegang IC Merah Dalam Daftar Pemilih Hulu Langat


gambar contoh

KAJANG, 9 Julai 2011 (11.00 pagi) : PAS Kawasan Hulu Langat bersama Dewan Pemuda PAS Hulu Langat hadir ke IPD Kajang untuk membuat laporan polis berkaitan kes kewujudan pemegang IC merah di dalam senarai pengundi di kawasan Hulu Langat. Sejumlah 185 IC merah yg dicetak di bawa bersama ke IPD Kajang sebagai bahan bukti. YDP

PAS Kawasan Hulu Langat, Tuan Hj. Razaly Hassan meminta pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia supaya mengambil tindakan segera dan pihak Jabatan Pendaftaran Negara digesa agar bertanggungjawab dalam perkara ini. “Kita juga meminta pihak SPR menggunakan dakwat kekal semasa pembuangan undi dan bukannya sistem biometrik yang mana keberkesanannya sangat meragukan,” katanya.

“Kesemua 185 nama yang dijadikan bukti adalah mereka yang didaftarkan sebagai pengundi di dalam kawasan Hulu Langat. Nama-nama tersebut wujud di dalam daftar pemilih dan apabila semakan dibuat melalui laman web Jabatan

Pendaftaran Negara, kita dapati bahawa maklumat yang ada dalam Jabatan Pendaftaran Negara itu meragukan kerana masih lagi berstatus PR (Permanent Residence),” kata Jamzuri Ardani merangkap Naib YDP PAS Kawasan Hulu Langat.

Turut hadir sama ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, saudara Sany Hamzan.

Kes Kewujudan Pemegang IC Merah Dalam Daftar Pemilih Hulu Langat Kes Kewujudan Pemegang IC Merah Dalam Daftar Pemilih Hulu Langat Reviewed by Admin on 12:57:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.