Ketika Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi s.a.w., tiba-tiba ada seekor unta berlari ke hadapan Rasulullah, lalu berkata, "Ya Rasulullah, aku minta perlindungan daripadamu." Belum selesai unta mengadukan halnya, tiba-tiba datang seorang Arab kampung membawa pedang terhunus.
Melihat, Nabi Muhammad s.a.w. bertanya kepada orang Arab kampung itu, "Nak buat apa dengan unta itu?" Jawabnya, "Wahai Rasulullah, aku telah membelinya dengan mahal, tetapi dia tidak taat dan jinak kepadaku. Baik ku potong sahaja unta ini dan beri kepada orang yang memerlukan."
Rasulullah s.a.w. bertanya kepada unta, "Mengapa kau menderhakai dia?" Dengan takdir Allah SWT unta itu menjawab, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak menderhakainya melainkan kerana perbuatannya yang buruk iaitu dia dan kabilahnya sama-sama tidur tanpa solat Isyak. Aku takut Allah menurunkan seksa-Nya kepada mereka ketika aku berada bersama mereka. Jika dia berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat Isyak, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi."
Akhirnya Nabi Muhammad s.a.w. mengambil perjanjian orang Arab kampung itu, bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isyak dan beginda pun menyerahkan unta itu kepadanya.
Unta Takut Azab Tinggalkan Solat
Reviewed by Admin
on
12:35:00 PG
Rating: