Kim Heechul Tinggalkan Super Junior bermula 1 September 2011



KOREA SELATAN, 23 OGOS 2011: Anggota Super Junior (SuJu), Kangin yang sedang menjalani latihan khidmat ketenteraan dikhabarkan telah mengambil cuti buat sementara waktu.

Dalam tempoh percutian tersebut, Kangin sempat melawat anggota SuJu yang lain yang sedang sibuk mempromosikan album baru mereka berjudul Mr Simple, baru-baru ini.

Dalam pada kegembiraan menerima kunjungan dari Kangin, seorang lagi anggota SuJU iaitu Kim Heechul pula dilaporkan akan mengikuti jejak Kangin yang mana Heechul bakal memulakan latihan ketenteraan bermula 1 September 2011 depan.

Difahamkan, Heechul akan memulakan latiahan berkenaan di Choongnam, Nonsan selama 4 minggu. Selepas itu, dia pula harus mulakan perkhidmatan itu selama 23 bulan sebagai pekerja perkhidmatan awam.

Sungguhpun minat Heechul begitu mendalam dalam bidang nyanyian ini, namun diaakhirnya terpaksa akur dengan keputusan untuk dia meninggalkan seketika bidang glamor demi menjalankan tugas dan tanggungjawabnya terhadap negara.

Dalam masa yang sama, Heechul tetap mengharapkan sokongan peminatnya walaupun dia tidak lagi beraksi bersama SuJu dalam tempoh yang lama.

Pun begitu, Heechul dikatakan mahu menjalani perkhidmatan awam ini secara senyap tanpa diganggu sebarang pihak. Dalam erti kata lain, biarlah dia mahu melakukan tugasan tersebut tanpa ada sebarang publisiti sebagai artis.

Menurut sumber dari SM Entertainment, setakat ini Heechul tetap akan meneruskan promosi album kelima SuJu dan masih menjadi pengacara program Golden Fishery-Radio Star sehinggalah saat dia perlu melaporkan diri sebagai tentera.

Apapun, sebaik saja namanya diumumkan bakal menyertai tentera pada bulan depan, Heechul yang peramah itu telah menjelaskan pandangannya tentang persediaan dia menjalani latihan tersebut.

"Kini sudah sampai masanya giliran saya pula dipanggil. Kalau boleh saya nak pergi secara senyap saja. Bagaimanapun, apabila memikirkan semula dan tidak mahu mengecewakan peminat yang telah menyokong saya selama ini, saya bersetuju untuk memberitahunya pada pihak umum. Sebab itulah juga, saya beranikan diri mengumumkannya pada hari ini," katanya.

"Saya tidak terfikir pun untuk membuat rayuan penangguhan sungguhpun sekarang ini saya sibuk dengan mempromosikan album kelima SuJu yang saya nantikan begitu lama. Lagipun, saya lihat album ini mendapat sambutan bagus dan saya rasa adalah baiknya jika saya teruskan saja dengan latihan ini.

"Sebenarnya, saya rasa selesa bila saya pergi waktu ini. Sementara menunggu tarikh pendaftaran nanti, saya akan terus dengan aktiviti bersama SuJu dan akan pulang ke kampung saya di Kangwon-do. Ada banyak lagi perkara saya kena selesaikan sebelum saya melaporkan diri," katanya.

Meneruskan penjelasan, Heechul berterima kasih kepada semua ahli SuJu yang sentiasa berada disisinya begitu juga dengan peminatnya.

"Saya rasa terharu dan terhutang budi kepada ahli SuJu yang lain. Saya terlalu malu untuk mengatakan depan mereka apa yang saya rasa. Jadi saya pun menghantar SMS dengan mengatakan sekiranya kamu semua masih memerlukan abang, saya berbesar hati untuk bersama mereka lagi. Saya juga percaya mereka semua boleh terus bawa nama SuJu dengan baik walaupun saya tiada buat sementara waktu," jelasnya.

Pesanan Heechul kepada peminat pula, " Terima kasih kerana menyanyangi saya sepanjang 6 tahun saya bersama SuJu. Kalau boleh saya tak mahu mengatakan untuk menunggu saya kembali. Apa yang saya harapkan agar sokonglah saya sekiranya anda semua masih menyayangi saya sewaktu saya kembali nanti," katanya.
sumber

Kim Heechul Tinggalkan Super Junior bermula 1 September 2011 Kim Heechul Tinggalkan Super Junior bermula 1 September 2011 Reviewed by Admin on 6:22:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.