Teka-Teki Rasulullah S.A.W



Suatu hari Rasulullah s.a.w. telah berteka-teki dengan para sahabat. Baginda bersabda yang bermaksud: "Daripada pelbagai jenis pokok, ada pokok yang daunnya tidak pernah gugur, dan sifatnya seperti seorang Muslim, apakah pokok tersebut?"

Para sahabat cuba meneka dan menamakan pelbagai jenis pokok yang terdapat di lembah-lembah. Abdullah bin Umar yang meriwayatkan peristiwa ini berkata: "Aku terfikir bahawa jawapannya mungkin pokok kurma, tetapi aku segan untuk bersuara dalam kalangan orang yang lebih dewasa (kerana beliau masih di usia kanak-kanak)."

Para sahabat bertanya: "Apakah jawapannya wahai Rasulullah?" Baginda bersabda lagi: "Kurma." [Riwayat Muslim & al-Tirmidzi]. Demikianlah Baginda sentiasa mempelbagaikan pendekatan tarbiah Baginda dengan mengajak para sahabat agar sentiasa cerdas berfikir dan sentiasa mensyukuri nikmat dan pemberian Allah.

Teka-Teki Rasulullah S.A.W Teka-Teki Rasulullah S.A.W Reviewed by Admin on 12:38:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.