Pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal berkata, perlawanan tersebut bakal berlangsung di Melbourne, Australia pada 27 Februari depan.
“Mereka membuat permintaan berlawan dengan kita sebagai persediaan menghadapi kelayakan Piala Dunia 2014.
“Ini menunjukkan skuad kebangsaan mempunyai mutu permainan bertaraf antarabangsa,” katanya.
Selain itu katanya, pasukan Congo turut menjemput untuk aksi persahabatan dan ia masih dalam peringkat perbincangan dan kemungkinan perlawanan akan diadakan di negara ini.
“Bukan sahaja Congo, malah Iran, Paraguay dan beberapa negara turut menjemput skuad kebangsaan untuk aksi persahabatan, namun semua masih bergantung kepada perbincangan,” katanya.
Mengulas lanjut, Subahan turut menetapkan sasaran supaya pasukan negara layak ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki 2012.
“Sebagai tuan rumah, adalah penting untuk menang dan pertahankan kejuaraan dan saya yakin dengan persiapan rapi tidak mustahil kejayaan dua tahun lalu mampu dikecapi sekali lagi,” katanya.
sumber
Arab Saudi Mahu Uji Malaysia
Reviewed by Admin
on
4:01:00 PTG
Rating: