Penolong Pesuruhjaya Hal Ehwal Murid Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Razak Jusoh berkata, pihaknya menerima sebanyak 6,000 permohonan pelajar lepasan UPSR sedangkan kekosongan yang ada cuma untuk 1,525 pelajar sahaja.
“Oleh itu JHEAT terpaksa membuat ujian saringan pelajar yang akan memasuki Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Agama kerajaan negeri tahun depan berikutan terlalu banyak permohonan diterima.
“Daripada 1,525 pelajar hanya 125 yang memperoleh keputusan 5A akan ditempatkan di sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin Batu Buruk manakala selebihnya akan ditempatkan di sekolah-sekolah menengah agama yang lain,” katanya di sini hari ini.
Razak berkata, pihaknya menerima lebih 6,000 permohonan pelajar lepasan UPSR yang mahu belajar di 10 buah sekolah agama kerajaan negeri pada tahun depan.
Jelasnya, permohonan yang diterima itu melebihi 200 peratus berbanding dengan kekosongan tempat pelajar Tingkatan Satu di sekolah berkenaan.
sumber
Lepasan UPSR Mohon Sekolah Menengah Agama
Reviewed by Admin
on
6:25:00 PTG
Rating: