Dalam satu Hadis yang diriwayat oleh Imam Muslim yang maksudnya, "Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Bahawasanya Allah swt tidak mencabut akan ilmu itu sekaligus dari dada manusia.Tetapi Allah swt menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama.Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orangramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka.Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan.Mereka sesat dan menyesatkan orang lain".
Ini merupakan salah satu yang disebut Hadis akhir zaman yang pernah disabdakan oleh Junjungan Besar Rasulullah s.a.w. ribuan tahun dahulu. Ini juga merupakan musibah yang besar di mana ada di kalangan pemimpin-pemimpin kita yang tidak menyelusuri sejarah Wahabi apatah lagi untuk merujuk kepada pandangan alim ulama untuk mengeluarkan kenyataan.Maka kenyataan Menteri Agama ini dilihat begitu dangkal sedangkan terdapat lebih dari 160 kitab-kitab yang dikarang oleh ulama Muktabar tentang kesesatan Wahabi. ( rujuk buku Siapa Sebenarnya Wahhabiy karangan Ustaz Zamihan al-Ghari). Malah Fatwa yang di keluarkan oleh Al-Azhar juga sudah jelas untuk kita tidak mengatakan bahawa golongan Wahabi bukan di kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Berikut ialah bukti Fatwa yang dikeluarkan oleh Al-Azhar:
Kenyataan Dangkal Menteri Agama
Reviewed by Admin
on
1:55:00 PG
Rating: