1 :: Tidur terlentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala.
Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidupmu dan kamu menjaga keluargamu sebaik mungkin. Tetapi kamu sukar untuk bercinta, mungkin kerana sikap kamu yang terlalu memilih.
2 :: Selubung seluruh badan dengan selimut.
Kamu sering berpenampilan macho atau menarik di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar memendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu.
3 :: Tidur dengan kedua-dua tangan di belakang kepala dan kaki bersilang.
Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang ada dalam diri kamu memang patut dipuji.
4 :: Tidur meringkuk.
Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasanganmu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.
5 :: Tidur mengiring dan meringkuk.
Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti kamu. Individu yang berada disekeliling kamu harus berhati-hati daripada menyakitkan hati kamu, kerana kamu dengan mudah akan meradang dengan indidvidu berkenaan.
6 :: Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan.
Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si Gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri kamu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya kehidupan bukanlah sesuatu perkara yang sukar sebaliknya kamu harus belajar untuk lebih bertenang.
7 :: Tidur meringkuk di satu arah.
Berbeza dengan individu dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik kamu.
8 :: Tidur mengiring dengan berbantalkan lengan dikepala.
Gaya tidur begini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan melihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya dikepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.
9 :: Tidur terlentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa.
Gaya tidur begini memperlihatkan identiti dirimu yang sebenar. Kamu cintakan keselesaan, kebebasan dan kecantikan. Selain itu kamu juga tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu.
10 :: Tidur meniarap.
Sekiranya kamu tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur.
Rahsia Disebalik Cara Tidur
Reviewed by Admin
on
12:07:00 PG
Rating: