Mazlan dan menantunya, Misyani Mat Tahir, 22, dan dua cucunya, Salwa, 3, serta Nurul Badriah, 6 bulan, di rumah anaknya di Temiang, Marang, kini lebih aman.
MARANG – Empat bulan selepas rumah usang diperbuat daripada kayu cengal dihuni keluarga Mohd Syawal Mazlan, 23, yang diganggu lembaga misteri berambut panjang di Kampung Temiang di sini, ia kembali mendapat perhatian.
Sebulan lalu, sekumpulan kru penerbitan berkampung sehari di situ untuk penggambaran dan temu bual bersama keluarga Syawal, termasuk bapanya, Mazlan Ali, 56, mengenai gangguan misteri yang dialami itu.
Keluarga terbabit sebelum ini hidup ketakutan kerana sering diganggu lembaga wanita berambut panjang persis ‘hantu Kak Limah’ seperti watak dalam sebuah filem Disember lalu.
Bagaimanapun, selepas dipaparkan Sinar Harian dan dibantu seorang pengamal perubatan, lembaga perempuan misteri yang sering menjelma dan merayau di sekitar kawasan rumah itu sudah tidak lagi mengganggu mereka.
Menceritakan kembali kisah itu, Mazlan memberitahu, lembaga berpakaian batik lusuh dan berambut mencecah paras pinggang yang sering mengganggu rumah anaknya itu dari waktu malam hingga ke subuh itu kini tidak lagi muncul dan mengganggu ahli keluarganya.
Beliau bersyukur pengamal perubatan tradisional Ustaz Nor Hasrul Mohd Hassan dari Perubatan Syifa Al Ikhlas yang berpangkalan di Serendah, Selangor itu berjaya menghalau makhluk halus tersebut.
“Sebulan lalu, kami mendapat kunjungan kru penerbitan dari ibu kota yang datang untuk membuat penggambaran dan temu bual di rumah Mohd Syawal selama sehari bagi mengisi satu slot dokumentari,” katanya ketika ditemui di sini, namun enggan mengulas lanjut mengenai penggambaran itu.
Dulu Diganggu, Sekarang Jadi Buruan Penerbit
Reviewed by Admin
on
7:35:00 PTG
Rating: