ANGGOTA polis menyiasat kematian Dicky di rumah sewanya di Jalan Mangga, Kampung Kasipillay, Sentul kelmarin.
KUALA LUMPUR – Seorang mak nyah yang juga merupakan jurusolek artis pada tahun 1990-an ditemui mati dengan keadaan leher dijerut selepas disyaki diliwat di rumah sewanya di Jalan Mangga, Kampung Kasipillay, Sentul di sini malam kelmarin.
Mayat Othman Hassan, 52, atau lebih dikenali sebagai Dicky dan popular dalam kalangan wartawan hiburan ditemui oleh abangnya yang dikenali sebagai Why, 50-an kira-kira pukul 8 malam selepas mangsa gagal dihubungi.
Dicky pernah menjadi jurusolek kepada artis seperti Amy Mastura, Ziana Zain, Erra Fazira dan Nasha Aziz pada tahun 1990-an.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mayat Dicky ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kedua-dua belah tangan dan kakinya diikat menggunakan tali langsir berwarna merah di bilik tidur utama.
“Ketika ditemui mangsa berpakaian lengkap baju-T dan berseluar pendek. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan dipercayai dijerut pada leher mangsa malah kakinya turut berdarah.
“Polis tidak menolak kemungkinan suspek kejadian merupakan orang yang rapat dengan mangsa dan mempunyai hubungan intim dengannya,” kata beliau pada sidang akhbar di sini.
Menurut beliau, siasatan juga mendapati pintu bilik mangsa berkunci dari dalam tetapi terdapat kesan umpil pada tombol pintu tersebut.
“Mangsa yang tinggal bersendirian di rumah sewa itu dipercayai mati dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemui,” katanya.
Difahamkan, barang-barang peribadi milik mangsa termasuk komputer riba dan telefon bimbit hilang.
Satu sumber memberitahu, mangsa dipercayai diliwat sebelum dibunuh.
“Polis merampas bantal dan puntung rokok di dalam bilik tersebut.
“Ketika mayat ditemui pukul 9 malam, badan mangsa sudah kembung,” katanya.
Tinjauan Kosmo! di tempat kejadian mendapati, ramai keluarga serta kenalan mangsa termasuk dalam kalangan wartawan hiburan turut meluangkan masa untuk menziarahi jenazah Dicky.
sumber
Bekas Jurusolek Amy Mastura Mati Dibunuh
Reviewed by Admin
on
9:31:00 PG
Rating: