Bayangkan dengan membayar US$ 10,000 sebulan untuk perkhidmatan rumah penjagaan dengan kejururawatan mahir untuk orang yang tersayang akan terjadi perkara yang tidak pernah terfikir. Inilah yang terjadi pada sebuah keluarga di Arlington Heights yang kini bertindak menyaman rumah penjagaan tersebut atas dasar kecuaian.
Catherine McCann, 92 tahun yang mengidap penyakit Alzheimer yang teruk dan tidak dapat bercakap mahupun menjaga dirinya sendiri. Walaupun beliau mendapat perkhidmatan yang mahal di rumah penjagaan orang tua, Lutheran Home di Arlington Heights, telinga kirinya didapati dipenuhi dengan ulat.
Perkara ini hanya disedari oleh suami wanita tua tersebut, John McCann yang datang melawatnya pada satu hari apabila Catherine dengan memberi isyarat tentang telinganya yang sakit. Suaminya melihat keadaan telinga isterinya yang agak meragukan lantas bertindak memanggil ambulan untuk menghantar isterinya di hospital.
Sesuatu yang memeranjatkan apabila doktor di Hospital Northwest Community menemui terdapat 57 ekor ulat berengga di dalam telinga Catherine yang berpunca dari lalat yang berjaya bertelur di dalam telinga wanita tersebut, sehingga menetas menjadi ulat. Satu perkara yang sukar dimaafkan oleh suami wanita tersebut lantas menyaman Lutheran Home.
sumber
Dalam Telinga Wanita Ini Ada 57 Ekor Ulat (Gambar)
Reviewed by Admin
on
2:29:00 PTG
Rating: