Pertubuhan tersebut menilai 176 buah negara dengan memberi markah dari 0 (paling korup) hingga 100 (paling bersih). Antara yang dapat dikenalpasti melalui kajian tersebut:
- Korea Utara, Afghanistan dan Somalia berkongsi mata sebanyak hanya 8 markah, menjadikan mereka sama-sama mendapat tempat terakhir
- Denmark, Finland dan New Zealand merupakan negara paling bersih dengan berkongsi mata untuk kedudukan teratas
- Krisis ekonomi zon Euro menyebabkan beberapa negara mengalami kejatuhan dalam penilaian bagi tahun 2012, terutamanya Greece di mana ianya jatuh 14 mata ke kedudukan ke-94. Ianya membuatkan Greece menjadi negara paling korup di dalam kesatuan Eropah.
- Singapura merupakan negara paling bebas rasuah di Asia dengan mendapat tempat ke-5 manakala Malaysia di kedudukan ke-54, dan beberapa negara jiran lain seperti Indonesia (118), Thailand (88) dan Brunei (46).
- Mengikut kesuluruhan kajian, ianya dilihat agak membimbangkan di mana lebih daripada dua pertiga negara di dunia medapat markah di bawah 50.
Negara Paling Korup dan Paling Bebas Rasuah Di Dunia
Reviewed by Admin
on
8:27:00 PG
Rating: