KIM SWEE (kiri) tetap akan menurunkan barisan terbaik pada aksi menentang Sydney FC hari ini.
Apa yang pasti, Kim Swee tanpa berselindung mengakui bakal mempertaruhkan barisan terbaik dalam ketiga-tiga pertemuan itu nanti sebagai persiapan menghadapi saingan Liga Singapura (Liga S) yang akan membuka tirainya Februari tahun depan.
Menurut beliau, mengikut perjanjian asal sebelum ini, ketiga-tiga kelab elit tersebut, termasuk Central South Mariner dan Newcastle Jets berjanji akan menurunkan pemain terbaik pasukan masing-masing ketika menghadapi Harimau Muda.
“Sekiranya mereka sekadar menurunkan skuad simpanan sekalipun, saya tetap mempertaruhkan barisan terbaik dalam ketiga-tiga perlawanan itu biarpun tidak memi- kirkan sangat mengenai keputusan perlawanan.
“Bagi saya, cabaran daripada ketiga-tiga kelab elit itu tidak boleh di- pandang mudah kerana sudah tentu pemain simpanan mereka juga tidak kurang hebatnya kerana tahap permainan mereka amat berbeza, selain beraksi dalam liga yang cukup kompetitif seperti mana Liga Jepun dan Korea Selatan.
“Namun pada masa sama, saya tetap mencuba beberapa pemain baharu dan yang jarang diturunkan sebelum ini pada ketiga-tiga perla- wanan itu nanti,” katanya kepada Kosmo!.
Hari ini, Harimau Muda bakal berdepan Sydney FC pada pukul 11.30 pagi waktu Australia (pukul 8.30 pagi waktu Malaysia) sebelum menentang Central South Mariner esok dan menutup aksi menentang Newcastle Jets pada 19 Disember ini.
Difahamkan, Central South Mari- ner merupakan antara pencabar utama Liga Australia (Liga A) musim lepas, manakala Sydney FC dan Newcastle Jets pula merupakan pasukan-pasukan yang menghuni pertengahan liga.
Antara muka lama yang dijangka mendapat kepercayaan Kim Swee dalam kesebelasan utama dalam ketiga-tiga perlawanan itu nanti termasuklah kapten pasukan, Khairul Fahmi Che Mat selain Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd. Irfan Fazail, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Mohamad Fadhli Shas, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Syahrul Azwari Ibrahim dan Fakri Saa- rani.
Begitupun kata Kim Swee, tahap kecergasan Syahrul Azwari, Mohd. Irfan dan K. Gurusamy masih lagi diragui dan hanya boleh diketahui hari ini.
Dalam pada itu, Kim Swee juga yakin dengan kredibiliti kesemua 23 pemain yang dibawa ‘terbang’ ke Australia kali ini, termasuk beberapa muka baharu seperti Shahrul Mohd. Saad, S. Sivanesan dan Mohd. Shahril Saari.
“Untuk makluman semua, saya terpaksa membuat keputusan mengetepikan beberapa pemain seperti Shukor Jusoh dan Gary Steven Robbat untuk dibawa ke Australia kali ini kerana masih belum cergas sepenuhnya gara-gara kecederaan, selain pemain seperti Syazwan Yusof juga terpaksa diketepikan kerana saya difahamkan dia masih mempunyai ujian peperiksaan.
“Justeru, saya harap kesemua 23 pemain yang dibawa ke Australia kali ini dapat menimba ilmu yang berguna, bukan sahaja untuk diri mereka sendiri tetapi juga dapat berkongsi ilmu dengan rakan sepa- sukan yang tidak dapat turut serta,” katanya.
sumber
Harimau Muda Uji Sydney FC
Reviewed by Admin
on
7:33:00 PG
Rating: