Warga Afrika Godam E-mel Tipu RM960,000



E-MEL dua buah syarikat telah digodam satu sindiket dipercayai didalangi warga Afrika melibatkan penipuan sebanyak RM960,000. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Satu sindiket penipuan Internet dipercayai didalangi oleh warga Afrika dikesan aktif memperdaya mangsa terutamanya ahli perniagaan dengan menggodam e-mel mangsa.

Taktik terbaharu itu mula dikesan selepas polis menerima dua laporan daripada dua lelaki pada akhir bulan lalu dan awal bulan ini mengakibatkan kerugian berjumlah RM960,000.

Modus operandi yang dilakukan suspek ialah, mereka akan menggodam e-mel syarikat mangsa berkaitan urus niaga syarikat tersebut dan menghantar e-mel itu kepada pihak ketiga yang merupakan pelanggan syarikat berkenaan.

Menerusi e-mel itu, suspek akan meminta pelanggan mangsa membuat pembayaran ke akaun sindiket berkenaan yang didaftarkan di negara ini.
sumber

Warga Afrika Godam E-mel Tipu RM960,000 Warga Afrika Godam E-mel Tipu RM960,000 Reviewed by Admin on 7:28:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.