Semasa transit, planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu tompok kecil berwarna hitam melintasi hadapan permukaan matahari menerusi penggunaan penuras matahari.
Di Malaysia, ia akan mula kelihatan ketika matahari terbit pada jam 6:09 pagi, pada 6 Jun 2012, akan berakhir jam 12:50 tengah hari.
Kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada 8 Jun 2004 dan transit seterusnya akan berlaku pada tahun 2117.
Planet Zuhrah adalah planet kedua dari matahari dalam sistem suria kita.
Zuhrah adalah planet paling panas dan dikenali sebagai bintang pagi atau bintang petang kerana ia boleh dilihat sangat terang tidak kira pada waktu subuh atau senja.
Zuhrah juga merupakan sebuah planet yang paling menyerupai bumi dari segi saiz dan jisim berbanding dengan planet-planet lain.
Penduduk di Sabah dapat menyaksikan keseluruhan fasa transit zuhrah berlaku kerana matahari telah terbit sebelum transit bermula manakala penduduk di semenanjung dan Sarawak dapat menyaksikan transit Zuhrah apabila matahari terbit.
Fenomena Transit Zuhrah Pada 6 Jun 2012
Reviewed by Admin
on
3:37:00 PTG
Rating: