2 Pemandu Trak Lelaki Beragama Islam Dipecat Kerana Enggan Hantar Bir



DUA pemandu trak beragama Islam di Illinois dianugerahkan $240,000 selepas mereka dipecat oleh sebuah syarikat trak kerana enggan menghantar bir.

Mahad Abass Mohamed dan Abdikarim Hassan Bulshale, yang berasal dari Somalia enggan berbuat demikian selepas diarahkan oleh majikannya Star Transport Inc. kerana ia adalah haram.

Selepas dipecat pada pada 2009, mereka telah membuat aduan di Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Sama Rata Amerika Syarikat dan pada 2013, suruhanjaya berkenaan telah memfailkan saman.

Menurut saman itu, syarikat berkenaan gagal menyediakan alasan yang munasabah dengan memecat kedua-duanya.

Bagi seorang Islam, minum atau mendekati bir adalah haram.

Justeru itu syarikat terbabit seharusnya mengarahkan pekerja lain untuk berbuat demikian.

Suruhanjaya berkenaan sebelum itu cuba bekerjasama dengan Star Transport dalam kes berkenaan selama setahun sebelum saman difailkan.

Namun tidak diketahui sama ada Mahad dan Abdikarim akan mendapat wang berkenaan memandangkan syarikat terbabit telah bankrap. – MYNEWSHUB.CC

2 Pemandu Trak Lelaki Beragama Islam Dipecat Kerana Enggan Hantar Bir 2 Pemandu Trak Lelaki Beragama Islam Dipecat Kerana Enggan Hantar Bir Reviewed by Admin on 10:35:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.