Video Lelaki Bertumbuk Ketika Melalui Pemeriksaan Masuk Ke Singapura Jadi Viral



KUALA LUMPUR - Satu rakaman video gaduh melibatkan dua lelaki ketika melalui pemeriksaan masuk ke Singapura yang kini viral di laman sosial disahkan berlaku di Tambak Johor.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh ketika hubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, berdasarkan rakaman video tersebut dipercayai berlaku di atas Tambak Johor sebelum pemeriksaan masuk untuk ke Singapura dan telah melepasi sempadan Malaysia.

"Sehingga kini, pihak kita belum menerima laporan berhubung video dan kejadian itu," katanya.

Video berdurasi 41 saat itu memaparkan dua lelaki bertumbuk antara satu sama lain dan cuba dileraikan beberapa individu yang turut berada di tempat kejadian. - Kosmo

Video Lelaki Bertumbuk Ketika Melalui Pemeriksaan Masuk Ke Singapura Jadi Viral Video Lelaki Bertumbuk Ketika Melalui Pemeriksaan Masuk Ke Singapura Jadi Viral Reviewed by Admin on 7:29:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.