Doktor Terkejut Jumpa Gulungan Duit Dalam Perut



KAHERAH - MESIR. Sekumpulan doktor terkejut selepas menjumpai gulungan wang kertas yang dibalut dengan plastik di dalam perut seorang pesakit.

Sebelum itu, doktor membuat imbasan di perut seorang pesakit yang mengadu mengalami sakit perut dipercayai disebabkan penyakit apendiks di sebuah hospital di Kaherah Mesir.

Hasil imbasan, doktor mendapati terdapat gulungan di dalam perut yang menyebabkan pesakit sering mengadu sakit dan muntah.

"Kami membuat pembedahan untuk membuang gulungan tersebut dan didapati terdapat gulungan wang kertas bernilai EGP 1,000 (RM543) di dalam perut pesakit yang dibalut dengan plastik berwarna putih.

"Kami hanya pernah menjumpai barangan besi atau tulang di dalam perut pesakit, namun ini pertama kali kami menjumpai wang," kata doktor memetik Emirates 24/7.

Pesakit itu ditahan oleh pihak polis untuk disoal siasat tentang bagaimana wang itu boleh berada di dalam perutnya. - SH

Doktor Terkejut Jumpa Gulungan Duit Dalam Perut Doktor Terkejut Jumpa Gulungan Duit Dalam Perut Reviewed by Admin on 4:37:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.