Berakhirnya Perjuangan Seorang Pejuang Melalui Tali Gantung. - Dr Raja Ahmad Iskandar



SMuslim ingin menyatakan rasa sedih dan hibanya bahawa seorang lagi aktivis Islam dan kebenaran telah menemui penciptanya ditali gantung oleh Kerajaan Bangladesh.

Beliau adalah Setiausaha Agung Jamaat-e Islami Bangladesh, Maulana Ali Ahsan Mujahid . Beliau telah dijatuhkan hukuman gantung pada awal pagi (waktu tempatan), 22 November 2015 melalui konspirasi politik yang licik, kotor dan keji oleh pemerintah Bangladesh.

SMuslim mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam dan dangkal yang digunakan oleh rejim Sheikh Haseena ke atas seteru-seteru politiknya tanpa ihsan.

Buat As Syahid Ali Ahsan Mujahid, kembalilah menemui penciptaMu dalam kegembiraan kerana engkau sesungguhnya telah bebas dari belenggu kezaliman dunia yang bobrok menuju hak dan kebenaran yang hakiki.

DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL~HISS
Presiden
SMuslim
Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim

Berakhirnya Perjuangan Seorang Pejuang Melalui Tali Gantung. - Dr Raja Ahmad Iskandar Berakhirnya Perjuangan Seorang Pejuang Melalui Tali Gantung. - Dr Raja Ahmad Iskandar Reviewed by Admin on 9:17:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.