Kawasan di sekitar bengkel membaiki bas di Jalan Pahang, berhampiran Plaza Tol Tapah, Perak yang dipercayai jadi lokasi pembunuhan ngeri empat mangsa. Foto kecil, 2 daripada 4 suspek yang ditahan polis.
Hal ini kerana suspek membela kira-kira 30 ekor anjing yang sentiasa berkeliaran di sekitar bengkel membaiki bas miliknya yang terletak di Jalan Pahang, berhampiran Plaza Tol Tapah, Perak itu.
Mangsa juga dipercayai dikurung terlebih dahulu sebelum dibunuh, dibakar dan cebisan abu mereka dihanyutkan ke sungai berhampiran bengkel milik suspek.
Jika diimbas, modus operandi kes ini boleh dikatakan menyerupai kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara satu ketika dulu, melibatkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya di mana mangsa dibunuh dan dibakar atas zink sebelum tulang dan abu mereka dibuang ke dalam sungai.
Mangsa terdiri daripada seorang pekebun dan broker tanah berusia 46 tahun yang dilaporkan hilang pada 25 Ogos lalu, seorang pengusaha bas persiaran wanita berusia 56 tahun (hilang 1 Mac 2014), jurujual alat ganti kenderaan berusia 54 tahun (hilang 15 Jun 2014) dan pekerja bengkel berusia 36 tahun yang dilaporkan hilang pada 30 Oktober 2012. - MYNEWSHUB.CC
Cebisan Mayat Mangsa Pembunuhan Mungkin Jadi Santapan 30 Anjing
Reviewed by Admin
on
7:42:00 PG
Rating: