Rusia Hantar Senjata Anti-Pesawat Ke Syria



MOSCOW - RUSIA. Susulan kejadian jet pejuang Rusia yang ditembak jatuh Turki Selasa lepas, Kementerian Pertahanan Rusia akan menghantar senjata anti-pesawat untuk menyertai kempen pengeboman di Syria.

Menurut Menteri Pertahanan, Sergey Shoygu berkata Rusia akan menghantar sistem pertahanan anti-pesawat S-400 yang akan ditempatkan di markas tentera udara Hmeymim di Latakia, Syria.

Maklumat dari laman missilethreat.com menyatakan S-400 mampu menembak misil sejauh jarak 250 kilometer.

Sempadan Turki pula hanya 48 kilometer dari markas Hmeymim.

Sementara itu, Menteri Luar, Sergey Lavrov menuduh Turki sengaja menembak jatuh jet pejuangnya.

"Ianya seperti satu provokasi terancang," kata Lavrov. - SH

Rusia Hantar Senjata Anti-Pesawat Ke Syria Rusia Hantar Senjata Anti-Pesawat Ke Syria Reviewed by Admin on 9:04:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.