Ngeri! Malang Tak Berbau... Kaki Remaja Hancur Tersepit Pintu Lif



KUALA LUMPUR, 27 Nov - Seorang remaja warga Yaman cedera parah di kaki dan pengsan setelah tersepit di pintu lif sebuah pangsapuri di Taman Sepakat Indah 2, Sungai Chua, Kajang dekat sini, Jumaat malam.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata dalam kejadian kira-kira 8.15 malam, remaja perempuan yang berumur 12 tahun itu tersepit di pintu lif di tingkat 14 pangsapuri berkenaan ketika dalam perjalanan ke kediaman keluarganya.

"Kejadian itu menyebabkan kedua-dua belah kakinya hancur. Bomba yang tiba selepas dimaklumkan, berjaya menarik dan merenggangkan pintu lif untuk menyelamatkan remaja tersebut.

Mangsa yang pengsan kemudian diserahkan kepada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk dihantar ke Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi.

-- BERNAMA

Ngeri! Malang Tak Berbau... Kaki Remaja Hancur Tersepit Pintu Lif Ngeri! Malang Tak Berbau... Kaki Remaja Hancur Tersepit Pintu Lif Reviewed by Admin on 9:46:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.