Kes Bunuh Tapah: Apa Dilakukan Suspek Seperti Binatang - Abang Mangsa



TAPAH: "Apa yang dilakukan mereka (suspek) tidak ubah seperti binatang, kami sekeluarga tak akan maafkan mereka dan harap hukuman berat menanti mereka," kata Ng Chee Meng @ Kurunadan.

Ng, 47, merupakan abang kepada seorang daripada mangsa berusia 36 tahun, dipercayai dibunuh empat sekeluarga di sekitar bengkel membaiki kenderaan berat di Jalan Pahang di sini.

Beliau berkata kali terakhir berjumpa dengan adiknya yang bekerja di bengkel suspek, ialah sekitar Ogos dan September, tiga tahun lalu di sebuah restoran di Tapah.

"Saya mahu hukuman paling dahsyat dikenakan. Perlakuan seperti binatang. Binatang tidak ada akal, tidak tahu baik buruk, tetapi manusia ada akal yang boleh menentukan baik buruk," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini pada Rabu.

Menurut Ng, adiknya pernah berkata suspek ada meminjam duit sebanyak RM2,000 daripadanya tetapi enggan membayar semula.

"Lebih sakit hati apabila suspek berpura-pura menghubunginya serta anggota keluarga lain, kononnya mengambil berat setelah adiknya 'hilang' dan tidak datang bekerja.

"Dalam tempoh seminggu adik hilang, dia ada hubungi adik bongsu saya tanya mengenainya. Rupa-rupanya dia berpura-pura sahaja," katanya.

Sementara itu, adik bongsu mangsa, Ng Uma Devi, 36, berkata seluruh anggota keluarga tidak dapat menerima pembunuhan itu.

Katanya, mangsa seorang yang pendiam, baik dengan keluarga dan sentiasakomited dengan kerja yang dilakukan.

"Mereka menganiaya, menyeksa, membunuh ahli keluarga kami. Kami mahukan hukuman setimpal, hutang nyawa perlu dibalas nyawa," katanya. - astroawani.com

Kes Bunuh Tapah: Apa Dilakukan Suspek Seperti Binatang - Abang Mangsa Kes Bunuh Tapah: Apa Dilakukan Suspek Seperti Binatang - Abang Mangsa Reviewed by Admin on 9:51:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.