Patah Tulang Leher, Hilang Gigi Vape Meletup di Mulut



COLORADO, Amerika Syarikat – Seorang lelaki patah tulang leher apabila vape yang digunakan olehnya meletup di mulut dalam kejadian di sini baru-baru ini.

Cordero Caples, 29, terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang akibat kejadian. Selain patah tulang leher, lelaki berkenaan juga kehilangan gigi hadapan dan melecur di bahagian mulut selain keretakan tulang di beberapa bahagian muka.


Memetik laporan dari DailyNews, ketika kejadian Caples menghisap vape tersebut pada Jumaat ketika waktu rehat sebelum ianya berkenaan meletup.

“Tidak dapat dipastikan sama ada dia mampu berjalan seperti biasa selepas ini. Kami hanya berharap Caples dapat sembuh sepenuhnya,” ujar salah seorang ahli keluarga Caples memetik laopran dari Kosmo!

Seorang pekerja di kedai menjual vape di Memphis berkata letupan mungkin berlaku kerana ralat pada operator, dan dia percaya kejadian terjadi disebabkan Capbles mengecas vape tersebut dengan satu bateri yang terlalu kuat.

Namun, pengeluar vape berkenaan masih belum membuat sebarang komen tentang kejadian. - Siakapkeli.my

Patah Tulang Leher, Hilang Gigi Vape Meletup di Mulut Patah Tulang Leher, Hilang Gigi Vape Meletup di Mulut Reviewed by Admin on 12:37:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.