Hari ini, saya dijamu makan tengahari di Leha Kel Food di Taman Melati usai menyampaikan khutbah jumaat di Masjid al Ridhuan, Jalan Hulu Klang.
Selepas makan, mata kami terpaku dengan tindakan seorang makcik. Walaupun dalam keadaan uzur, beliau bangun ke tempat basuh tangan dengan mangkuk kosong. Kami terpana, atas tujuan apa dipenuhkan bekas tersebut dgn air paip tersebut.
Sekembalinya makcik tersebut ke meja makan, beliau membasuhkan tangan suaminya dan melayan suaminya untuk menjamah dan menjamu selera bagai seorang putera raja. Subhanallah, Allah hadirkan satu fenomena dan sketsa ringkas yang sukar dilihat pada hari ini.
Ramai isteri takut dan gusar kehilangan suami, tetapi tidak tahu bagaimana nak bahagiakan suami.
Kadangkala, ada isteri yang bergelar ustazah pun belum tentu boleh melayan dan memuliakan suami sedemikian rupa. Saya mendoakan agar pasangan tersebut kekal bahagia hingga ke syurga Allah. Semoga sketsa yang dihidangkan secara spontan ini mendidik wanita diluar sana agar menghargai dan memuliakan suami pada tempatnya.

Tindakan Mengejutkan Makcik Tua Terhadap Suaminya Telah Membuatkan Kisah Ini Viral Di Laman Sosial
Reviewed by Admin
on
9:18:00 PG
Rating: