Dalam kejadian 10 pagi itu, mangsa B Previen, 17, dikatakan diserang pelajar menggunakan pisau lipat selepas berlaku pergeseran seterusnya cabar mencabar di antara mereka sebelum mangsa ditikam dan dikelar.
Mangsa yang cedera di beberapa anggota badan dibawa oleh pihak sekolah ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Ketua Polis daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, siasatan pihaknya mendapati kejadian berlaku di SMK Hutan Melintang.
Beliau difahamkan pelajar lelaki yang menyerang mangsa sebelum ini tidak hadir ke sekolah selama tiga bulan kerana menghadapi masalah tekanan perasaan dan motif kejadian masih di siasat pihaknya. - Kosmo
Ditikam, Dikelar Oleh Rakan Sekelas Selepas Menduduki Kertas SPM
Reviewed by Admin
on
7:51:00 PG
Rating: