Pelajar tingkatan empat dan lima di sebuah sekolah menengah di sini itu ditahan kira-kira pukul 8.45 malam ketika cuba menjual haiwan daripada keluarga kera itu kepada penguat kuasa Perhilitan yang melakukan penyamaran.
Pengarah Perhilitan negeri, Datuk Khairiah Mohd. Shariff berkata, tangkapan ke atas dua pelajar tersebut dibuat di satu lokasi di bandar ini ketika mereka cuba menjual kedua-dua ekor kongkang berkenaan pada harga RM800.
“Anggota kami melayari laman web yang mana tawaran jualan kongkang itu dibuat dua pelajar terbabit sebelum berpura-pura membeli haiwan itu kerana memandang serius perkara ini.
“Kedua-dua pelajar berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis sementara melengkapkan siasatan untuk dihadapkan ke mahkamah bulan depan,” katanya di sini hari ini.
Menurut Khairiah, kes itu disiasat di bawah Seksyen 68 (1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam pada itu, beliau berkata, kongkang daripada spesies mata bulat atau nama saintifiknya Nycticebus Coucang dipercayai dijual sebagai haiwan peliharaan.
Tegasnya, haiwan itu adalah hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya dan tiada lesen dikeluarkan bagi tujuan menangkap atau memelihara spesies tersebut.
“Pihak tidak bertanggungjawab semakin berani kerana secara terang-terangan mempromosikan hidupan liar itu ke dalam laman web dengan niat untuk menjual.
“Perhilitan sentiasa memantau perkara ini dan sedaya upaya membanteras kegiatan seperti itu demi kelestarian hidupan liar di negeri ini,” katanya. - Utusan
Dua Pelajar Ditahan Jual Kongkang Menerusi Laman Web
Reviewed by Admin
on
7:25:00 PG
Rating: