Cara Mudah Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata


Kurang tidur antara punca utama seseorang mendapat lingkaran gelap di bawah mata ataupun dikenali sebagai mata panda.


Selain itu ada juga beberapa faktor lain yang turut menyebabkan masalah ini antaranya pengambilan minuman berkafein secara berlebihan dan juga kurang vitamin E dan C.

Di bawah ini dikongsikan 6 cara mudah hilangkan lingkaran gelap bawah mata.

1. Ambil sedikit kuning telur dan campurkan dengan perahan lemon dan madu. Sapukan di bawah mata. Amalkan setiap malam sebelum tidur dan basuh muka seperti biasa keesokan paginya.

2. Sapukan beberapa titis minyak Zaitun pada bawah mata perlahan-lahan bermula dari kanan ke kiri. Biarkan untuk seketika sebelum mencuci muka dengan air bersih. Amalkan sekali sehari seeloknya sebelum tidur.

3. Campurkan beberapa titis jus perahan air lemon dengan air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata. Amalkan dua kali sehari.

4. Simpan uncang teh yang telah digunakan ke dalam peti sejuk selama 10 minit. Kemudian letakkan uncang teh yang sedikit sejuk itu ke bahagian mata. Biarkan selama setengah jam. Amalkan sehari sekali.

5. Ambil sebiji kentang dan kupas kulitnya. Basuh kentang tersebut dan potong nipis-nipis. Kemudian lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit. Amalkan secara kerap.

6. Ambil sedikit air sejuk dan sapukan ke bahagian mata setiap pagi selepas bangun tidur. Amalkan sehingga hilang lingkaran gelap bawah mata.


Cara Mudah Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata Cara Mudah Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata Reviewed by Admin on 6:52:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.