Ahli Umno Sudah Tidak Gentar Ancaman Disiplin Parti



PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa ahli UMNO tidak lagi gentar dengan ancaman tindakan disiplin yang dikeluarkan oleh pimpinan tertinggi parti terbesar Melayu itu kepada ahlinya.

Mukhriz mengaitkan dakwaan itu dengan pengakuan beberapa ahli UMNO yang sanggup merakam gambar ‘selfie’ sambil memasang bendera Barian Nasional (BN) secara terbalik sebagai tanda protes walaupun berisiko dikenakan tindakan disiplin.

“Ada yang hantar mesej pada saya, menyatakan kalaupun Setiausaha Agung UMNO (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) memberi amaran untuk mengantung ahli-ahli UMNO yang didapati memasang bendera terbalik ini, mereka sanggup ambil selfie sambil memasang bendera-bendera terbalik,” katanya dalam entri terbaru di blog mukhrizmahathirfc.com.

Mukhriz mendedahkan perkara itu bagi mengulas mengenai tindakan penyokong BN memasang secara terbalik bendera parti itu di Kedah baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mukhriz yang juga ADUN Ayer Hitam berkata, pendedahan itu sebagai cabaran kepada pimpinan tertinggi parti yang membuat keputusan tanpa mengambil kira kesan kepada ahli parti.

“Saya pun agak terkejut dengan keadaan itu. Sebenarnya itu satu tanda protes bagi apa yang telah berlaku.

“Ini satu cabaran kepada pihak pengurusan untuk ambil tindakan terhadap mereka. Inilah keadaannya jika tidak fikir panjang kesan-kesan akibat daripada keputusan-keputusan yang dibuat pucuk pimpinan mengenai apa berlaku itu mestilah berpada-pada kerana ia akan memberi reaksi pelbagai pihak,” katanya.



Ahli Umno Sudah Tidak Gentar Ancaman Disiplin Parti Ahli Umno Sudah Tidak Gentar Ancaman Disiplin Parti Reviewed by Admin on 6:21:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.