Nazri: Cakap Pada Mukhriz, Dulu Saya Pengampu Bapa Dia


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz dengan sinis berkata dirinya merupakan ‘pengampu’ Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri.


Nazri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa beliau tidak menaruh harapan tinggi kepada Majlis Tertinggi Umno yang bertindak menggantung jawatan Tan Sri Muhyddin Yassin sebagai timbalan presiden Umno.

Ia kerana, Mukhriz menganggap mereka sebagai “kaki ampu” atas alasan kononnya melakukannya demi kebaikan Umno.

“Bagi tahu Mukhriz, saya dulu pengampu bapa dia masa bapa dia jadi presiden dulu. Mengapa pada ketika itu dia tidak kata MT ni pengampu," kata Nazri yang mendakwa Dr Mahathir dulu seorang diktator.

“Ada benda yang dia buat kita tak setuju tapi oleh kerana kita setia pada parti, walau susah macamana, kita pertahankan dia (Mahathir),” katanya kepada Malaysiakini.

Malah, jelas Nazri lagi, Mukhriz seharus nya menggelarkan sebilangan MT Umno sebagai pengampu sejak dari dulu lagi kerana mempertahankan bapanya sebagai presiden parti Melayu itu.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim tu kawan baik saya, bila Mahathir gaduh dengan Anwar dia usulkan supaya Anwar dibuang, kenapa pada ketika itu tak kata saya pengampu bapa dia,” soalnya.

Mukhriz dalam kenyataannya semalam berkata sekiranya Muhyiddin Yassin digugurkan daripada jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno, ia bakal menjadi paku terakhir buat keranda parti Melayu berkenaan.

Mengulas lanjut Nazri berkata, sebenarnya keranda Mukhriz telah dipaku kerana kini tidak lagi memegang jawatan menteri besar Kedah.

“keranda dia yang yang dipaku, masa kita umum sebagai menteri besar, kita tak paku lagi keranda dia, tapi gantung jawatan muhyiddin iaitu penyokong kuat bapanya, maknanya keranda dia yang kita paku,” katanya. - MalaysiaKini

Nazri: Cakap Pada Mukhriz, Dulu Saya Pengampu Bapa Dia Nazri: Cakap Pada Mukhriz, Dulu Saya Pengampu Bapa Dia Reviewed by Admin on 8:38:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.