Mungkin ramai yang fikir gambar ini diambil dari sungai di luar negara dengan melihat kejernihan airnya yang membiru dan sangat bersih. Tetapi ramai yang tidak tahu rupa-rupanya sungai sejernih ini terdapat di negeri Terengganu.
Jika teringin berkunjung ke sungai ini mungkin hanya menjadi mimpi semata-mata jika anda tidak mempunyai hati yang kental. Ini kerana untuk sampai ke sini memerlukan pendakian yang memakan masa hampir sehari dan perlu bermalam di kawasan Gunung Berembun atau Lata Lansir.
Chemerong, Berembun dan Langsir semestinya nama yang tidak asing lagi dalam kalangan pendaki gunung di Malaysia. Ketiga-tiga nama ini sering digabungkan kepada singkatan CBL yang merangkumi Air Terjun Chemerong, Gunung Berembun dan juga Air Terjun Langsir.
Untuk sampai ke Sungai Bangan ini, pendakian akan bermula di Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun iaitu kira-kira 100 km dari Kuala Terengganu dan 30 km dari Bandar Al-Mukhtafibillah Shah melalui Jalan Jabor – Jerangau.
Sumber: trekkerz.blogspot.my, trekkerz.blogspot.my
(3 Foto) Rupanya Sungai Paling Jernih Di Malaysia Adalah Sungai Bangang
Reviewed by Admin
on
12:37:00 PG
Rating: