Pengumuman berkenaan dibuat menerusi satu sidang media khas di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8 hari ini.
"Saya tidak boleh menjadi ahli bagi parti macam ini. Dari dulu UMNO bersusah payah untuk membangunkan negara, bukan untuk kepentingan seorang individu sahaja.
"Dalam hati saya masih UMNO. Saya sayangkan parti ini dan saya tidak akan menyertai mana-mana parti atau menubuhkan parti baru," katanya.
Mahathir berkata, keputusan itu diambil tanpa perbincangan dengan mana-mana pihak.
Tambah beliau juga, surat rasmi mengenai perkara tersebut akan diserahkan kepada Setiausaha Agung UMNO dalam masa terdekat. - Siakapkeli.my
Dr. Mahathir Umum Keluar UMNO
Reviewed by Admin
on
6:56:00 PTG
Rating: