Memperkenalkan satu servis baharu yang dikenali sebagai PasarTap.
Dengan hanya caj penghantaran RM3, pembeli tidak lagi perlu pergi ke pasar dan meredah jalan raya. Cuma perlu klik pada item yang diinginkan dan cuma perlu menunggu 2 jam sebelum menerima barangan dari PasarTap.
“Idea penubuhan PasarTap ini tercetus apabila saya bersama beberapa lagi rakan lain termasuk empat daripadanya adalah graduan Universiti Oxford ingin berkhidmat kepada masyarakat di samping melaksanakan perniagaan,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.
Menurut Hafiz juga, ramai peniaga yang berniaga hanya untuk untung tetapi kurang memikirkan kaedah untuk berkhidmat kepada masyarakat.
“PasarTap diusahakan bersama enam lagi rakan yang lain iaitu Ahmad Khairil Anwar, Abdul Talib, Amru Abdul Hamid, Nur Syazana Zawani yang juga graduan daripada Universiti Oxford manakala Azeem Mohamad, 26, dari Universiti Newcastle dan Aliah Jamin, 30,” katanya.
Setakat ini, PasarTap cuma membuat penghantar di beberapa kawasan sahaja. Untuk info lebih lanjut, boleh layari www.pasartap.com - Siakapkeli.my
Malas Pergi Pasar? Ini Caranya Untuk Dapat Barang Yang Anda Mahu Dengan Caj Hanya RM 3.00!
Reviewed by Admin
on
7:13:00 PG
Rating: