Cara Mudah Menghilangkan Kerak Hitam Pada Kuali



Kuali selalunya akan berkerak hitam apabila kita selalu memasak atau kadangkala kita terlupa untuk menutup api selepas masak. Maka akan terjadilah kerak yang tebal lagi hitam akan melekat pada kuali. Agak susah untuk membersihkanya dan akan menyebabkan kuali kita akan kelihatan berkarat dan kotor. Mungkin jalan penyelesaian adalah dengan membuang kuali tersebut. Jangan kuatir kali ini kami kongsi cara mudah menghilangkan kerak hitam pada kuali;

1. Panaskan kuali diatas api dan kikis

Caranya, mula-mula panaskan kuali dengan api yang sederhana sampai betul-betul panas, jangan letak apa-apa ke dalam kuali tersebut, biarkan kosong. Kemudian angkat kuali yang tengah panas tadi dan peganglah dengan kain dan teruslah kikis menggunakan pisau. Ini kerana apabila kita kikis semasa kuali masih panas ianya akan menyebabkan kerak hitam tanggal dengan mudah. Apabila semasa anda mengikis dan keraknya sudah tidak mahu tanggal, ulang semula step yang pertama tadi, kemudian kikislah sehingga selesai.

2. Menggunakan bahan:

-Tepung kanji
-bahan pencuci
-Span
-berus dawai
-sedikit air panas

Caranya, mula-mula campurkan tepung kanji dan bahan pencuci ke dalam mangkuk yang sudah berisi air panas lalu digaul, kemudian ambil berus dawai dan basahkan dengan air panas lalu digosokan pada kerak hitam yang ada pada bahagian belakang kuali. Setelah itu ambil span dan celupkan ke dalam air panas lalu dicelupkan lagi ke dalam campuran bahan pencuci dan tepung kanji tadi. Kemudian gosok terus pada bahagian bawah kuali yang hitam dan berkerak tersebut sehingga benar -benar bersih. Lihatlah hasilnya nanti kerak hitam yang melekat pada kuali anda akan hilang dan kuali anda akan menjadi seperti baru dibeli.

Itulah antara cara mudah menghilangkan kerak hitam yang ada pada kuali anda yang dapat PP kongsikan kepda anda, selamat mencuba dan semoga berjaya. – PaliPali.net

Cara Mudah Menghilangkan Kerak Hitam Pada Kuali Cara Mudah Menghilangkan Kerak Hitam Pada Kuali Reviewed by Admin on 9:12:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.