Mayat mangsa, S Durga Devi, ditemui terbaring di ruang tamu rumah dengan kesan kecederaan di muka akibat tumbukan suaminya, 27.
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisinoner Sum Chang Keong, polis bergegas ke lokasi setelah menerima laporan pada 730 pagi.
"Kita menemui mayat mangsa dalam keadaan terbaring dengan kesan pada mukanya seperti ditumbuk.
"Susulan kejadian itu, polis menahan suami mangsa di perkarangan rumah berkenaan kira-kira dua jam selepas siasatan dilakukan," katanya sebagaimana lapor BH Online.
Menurut Chang lagi, siasatan awal mendapati jiran ada terdengar pasangan terbabit bertengkar pada lewat malam dan jam 5 pagi tadi.
Tambah beliau lagi, polis percaya pertengkaran tersebut membabitkan masalah keluarga.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Siakapkeli.my
Wanita Maut Dipercayai Selepas Ditumbuk di Bahagian Muka oleh Suami
Reviewed by Admin
on
8:19:00 PTG
Rating: