Cara Mengatasi Kulit Kaki Kering dan Bersisik Secara Alami
Hindari Penggunaan Sabun Berlebihan
Walaupun berperan sebagai pembersih dari debu, kotoran dan keringat, namun beberapa produk sabun dapat mempengaruhi kelembaban pada kulit. Itulah sebabnya sangat dianjurkan untuk menggunakan body lotion selepas mandi untuk mengekakan kelembaban pada kulit. Sama halnya dengan kulit pada kaki, jangan menggunakan sabun secara berlebihan kerana dapat menjadikannya lebih kering. Selain itu, pilihlah jenis sabun yang dapat menjaga kelembaban kulit seperti sabun cair atau sabun gel. Sabun dapat membuat kulit semakin kering dan bersisik. Selain itu, pastikan anda sudah mengeringkan seluruh permukaan kulit kaki sehabis mandi untuk mencegah jangkitan kulat. Pakailah lotion atau pelembab khusus kaki sehabis mandi untuk menjaga kelembabannya.
Hindari Menggaru atau Menggosok
Kulit kaki anda tidak mempunyai kelenjar penghasil minyak, sehingga kulit kaki anda cenderung kering. Jangan membuatnya tambah parah dengan menggaru atau menggosok kaki dengan sembarangan. Kedua-dua perkara ini dapat mengikis sel kulit kaki anda sehingga menjadikannya bahkan lebih kering lagi. Ketika mengeringkan kulit kaki selepas mandi, jangan menggosokkan tuala terlalu keras pada kaki, melainkan tepuk-tepuk saja hingga air menyerap pada tuala.
Gunakan Pelembab Tambahan
Kini sudah banyak produk pelembab kulit khusus bahagian kaki yang mempunyai kandungan pelembab lebih banyak berbanding losyen biasa, sehingga sesuai untuk kaki yang cenderung lebih kering berbanding kulit bahagian tubuh lain. Anda boleh menggunakan produk-produk pelembab kulit kaki tersebut untuk melembapkan dan mengembalikan keanjalan kulit kaki anda. Selain itu, pilih juga produk pelembab yang mempunyai kandungan alpha hydroxy acid yang konon ampuh untuk melicinkan kaki yang bersisik. Cara lain adalah dengan menggunakan pelembap atau losyen pada kaki anda sebelum tidur, tutup dengan stokin, dan biarkan semalaman agar losyen boleh bekerja lebih optimum. Cara mengatasi kulit kering dan bersisik pada kaki ini terbukti ampuh untuk melembabkan kulit kaki dengan cepat.
Rendam dengan Jus Lemon
Menggunakan bahan semula jadi juga boleh untuk melembabkan kulit kaki anda. Salah satu bahan alami yang ampuh untuk menyegarkan dan melembabkan sekaligus kulit kaki anda adalah lemon. Lemon mempunyai kandungan vitamin C yang sangat baik untuk nutrisi semula jadi bagi kulit serta dapat membantu melicinkan jaringan kulit. Caranya, siapkan 1 besen jus lemon atau air yang dicampur dengan air perasan lemon, kemudian rendam kaki anda dalamnya. Rendam selama kurang lebih 10 minit, selepas itu bilas kaki menggunakan air biasa. Lemon dipercayai mampu menanggalkan sel kulit mati dan digantikan dengan sel kulit baru.
Minum Air Putih yang Cukup
Secara keseluruhan, air putih memegang peranan yang sangat penting untuk kecantikan kulit anda. Air putih berperanan sebagai pelembab semulajadi yang menutrisi kulit dari dalam. Seperti tanaman, kulit anda akan kering jika tubuh kekurangan pengambilan air putih. Jadi, jangan biarkan kulit anda kering kerana tidak meminum air putih yang mudah didapati di rumah. Mulai sekarang, minumlah air putih sebanyak 2 liter atau kira-kira 8 gelas dalam sehari untuk menjaga kelembapan semulajadi kulit, terutama pada kulit kaki.
Begitulah beberapa cara mengatasi kulit kering dan bersisik pada kaki yang boleh anda aplikasikan dengan mudah. Kuncinya adalah rajin dan melakukan rawatan dengan sabar serta rutin. Dalam beberapa minggu, anda akan melihat hasilnya!
Sumber: www.cantiknsehat.com
Cara Mengatasi Kulit Kaki Kering dan Bersisik
Reviewed by Admin
on
10:52:00 PTG
Rating: