Bagaimanapun, syarikat tersebut menegaskan penutupan kilang pengeluaran TV itu tidak akan menjejaskan perniagaannya yang lain di Malaysia, yang mempunyai lebih 5,000 pekerja.
Langkah itu, susulan pelaksanaan pelan strategiknya untuk menambah baik keseluruhan kecekapan perniaagaan akan menjejaskan kira-kira 620 kakitangan, kata syarikat berkenaan dalam satu kenyataan.
“Seramai 475 warga Malaysia dan 145 pekerja asing yang bekerja di kilang itu akan menerima pakej pampasan yang adil dan berpatutan,” kata syarikat itu.
Samsung berkata ia akan menyediakan khidmat kaunseling kerjaya dan latihan vokasional manakala peluang untuk dipindahkan ke syarikat Samsung lain akan ditawarkan jika boleh.
Perniagaannya yang lain di Malaysia termasuk kemudahan pembuatan oven gelombang mikro Samsung Electronics dan kemudahan pembuatan bateri Samsung SDI.
Samsung berkata ia akan terus menjual TV di Malaysia, dan produk TV pelanggan sedia ada dan baharu akan terus disenggarakan oleh Samsung Customer Care Network yang terus kekal. — Bernama
Samsung Tutup Kilang TV Seremban, 620 Pekerja Terjejas
Reviewed by Admin
on
6:24:00 PG
Rating: