Dipancung IS Hanya Kerana Dengar Lagu



MOSUL- IRAQ. Seorang remaja dipancung oleh militan IS selepas ditangkap mendengar muzik pop menerusi pemain CD mudah alih.

Memetik laporan portal antarabangsa, MDetro.co.uk, Ayham Hussein, 15, ditahan oleh kumpulan militan itu ketika mendengar muzik di kedai runcit milik bapanya di barat Mosul, Iraq.

Ayham dipaksa hadir pada perbicaraan mahkamah Islamist dan kemudiannya dihukum pancung di hadapan masyarakat umum.

Mayatnya diserahkan kepada keluarganya pada Selasa lalu.

Ia dipercayai kes pertama di bandar tersebut dan mencetuskan kemarahan masyarakat tempatan.

Dalam satu kenyataan dua tahun lalu, kumpulan itu telah menyatakan pengharaman ke atas lagu-lagu atau muzik dimainkan sama ada dalam kereta, di tempat awam, kedai dan pasaraya.

IS juga turut melarang sebarang penggantungan poster potret di kedai dan pasaraya.


Dipancung IS Hanya Kerana Dengar Lagu Dipancung IS Hanya Kerana Dengar Lagu Reviewed by Admin on 9:57:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.