Sudahlah gelap, kini bertambah legam! Gaji yang diterima pula ciput. Gaji kasar untuk sehari dalam RM30. Memikirkan duit untuk keluarga dan makan minum.
Aku duduk lepak makan dengan pekerja dari Bangladesh dan Vietnam. Makan di kantin dengan buruh Indonesia di kawasan setinggan. Itu semua pengalaman yang sangat berharga.
Sekali sekala nampak pemaju datang dengan kereta mewah, motor superbike hari ini lain, lusa model lain pula. JKR datang dengan topi keselamatan menaiki kereta 4 x 4 yang agak mewah.
Apabila timbul isu adakah belia Malaysia mampu bekerja seperti buruh Bangladesh dan Indonesia, jawapan saya,
"YA! Jika sektor pembinaan kita ada nilai ihsan dalam urus tadbirnya."
Pemaju berasa mudah untuk mengambil buruh Bangladesh kerana tidak perlu difikirkan tempat tinggal yang selesa untuk mereka. Di fikiran mereka, buruh asing ini sanggup tinggal serumah dalam jumlah 20 - 30 orang. Tidak seperti orang Melayu yang demand untuk potong KWSP, elaun itu dan ini. Bagi pemaju, semua tuntutan ini merugikan syarikat mereka.
CEO CEO di Jepun relaks saja naik bas atau kereta api pergi ke tempat kerja. CEO di Malaysia pula sibuk memikirkan bagaimana nak memerah tenaga buruh asing semaksima yang mungkin.
'Setahun Aku Kerja Sebagai Buruh Kasar' - Luahan Anak Melayu Yang Anda Salah Anggap Selama Ini
Reviewed by Admin
on
11:00:00 PTG
Rating: